HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
★ LeyzA pUnya BLog™ ★: Kawan yang baik^_^
Salam Sayang Semua~

Kawan yang baik^_^


Bukannya Senang Nak Cari kawan yang baik..
Bukan Senang Juga nak menjadi kawan yang baik..

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya..
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya..
Sebaliknya kawan yang baiklah yang banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan..

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia~sia..
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan..

Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira..
Kawang yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa..

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya..
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik..

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan yang baik,kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya..

kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya..

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan yang baik kita bukanlah seorang yang sempurna.Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita..

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya..

Kita bukanlah kawan yang baik jika tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya..

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah kepada kawan-kawannya,bukan kerana terpaksa,bukan kerana suka-suka,tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya..

Dan kalau kita hendak mendapat kawan yang baik,kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita..

Dan semoga kita menjadi kawan yang baik.......^_^









2 comments :

  1. friends forever!~~ :)

    ReplyDelete
  2. amboiiii kak..pndai plk komen kat sini..haha....

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Sila tinggalkn comment anda disini..
Satu pun jadi Lah ! hehe.

 
Fully Design By Leyza Ramli | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome