HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
★ LeyzA pUnya BLog™ ★: sy terkene tipu dekat mudah.com.my
Salam Sayang Semua~

sy terkene tipu dekat mudah.com.my


Mudah.my adalah tempat penjual dan pembeli maya bertemu dan kemudian berurus niaga. Saya adalah salah seorang pembeli agak taksub dengan pembelian online ini. Telah banyak 'gadget' saya beli secara online dengan urusniaga secara Cash on Delivery atau kurier.

Mudah.my memang satu portal jual beli tidak selamat dan terlalu banyak kelonggaran kepada penjual berbanding Lelong.my (di Malaysia) tetapi pengalaman saya membeli secara online di luar negara menyebabkan saya yakin rakyat Malaysia mempunyai tahap kejujuran tinggi dan boleh dipercayai sama seperti rakyat negara maju.

Urus niaga saya sentiasa memuaskan hati sehinggalah pada tarikh 2 JUN 2012, saya telah berurusniaga dengan seorang penipu. Sejak sebulan lalu saya asyik mengumpul maklumat mengenai kamera DSLR. Saya sentiasa berusaha mencari barang berkualiti pada harga rendah, mana tahu ada penjual dalam kesempitan mahu menjual barangan mereka.

Saya teruja apabila melihat harga Nikon D7000 dijual pada harga RM1599 dan terus menghubungi penjual. Belum sempat saya bertanya panjang, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Paizal menceritakan bahawa beliau adalah pegawai kastam dan barang tersebut adalah rampasan kastam sebab itu beliau jual dengan murah.

Kelabu mata dengan harga murah, beserta desakan supaya saya cepat membuat keputusan kerana ada orang lain juga mahukan barang sama menyebabkan saya akhirnya setuju untuk bank-in ke akaun CIMB beliau - Mohd Paizal bin Japar. Dia juga memberikan saya nombor kad pengenalan 890212-13-5247. Dia meminta saya menyemak dengan pejabat kastam jika tidak percaya dan memaklumkan bahawa nombor akaun itu adalah nombor akaun gajinya. Terpedaya dengan mulut manis dan lagak jujurnya, saya telah 'bank-in' wang sejumlah RM1400 setelah diberi diskaun sedikit. Barang dijanji sampai besoknya dan 'tracking number.' akan diserahkan pada saya.

Oleh kerana hari sudah lewat petang, saya menghubungi semula Mohd Paizal kastam budiman itu untuk meminta 'tracking number' bagi kurier tersebut. Hati begitu seronok kerana akan menerima Nikon D7000 apatah lagi berjaya dibeli dengan harga murah.

Keseronokan mula bertukar mendung apabila nombor yang dihubungi hanya masuk ke peti suara.. sehinggalah pada hari Isnin berikutnya semua panggilan masuk ke peti suara dan CONFIRM SAYA TERTIPU buat kali pertama di mudah.my.

Segalanya saya jadikan ikhtibar untuk tidak mempercayai sesiapa lagi di perniagaan online dan hanya akan melakukan urusniaga secara COD sahaja. 

Tapi harga pengajaran tersebut sangat mahal.

Saya masih lagi melihat iklan seperti itu di mudah.my dan sangat khuatir ada orang lain akan menjadi mangsa kerana tiada ruang untuk saya buat catatan peringatan di iklan tersebut tidak seperti sesetengah laman jual beli cyber yang ada ruangan Q&A dan sebagainya.

1 comment :

Assalamualaikum..
Sila tinggalkn comment anda disini..
Satu pun jadi Lah ! hehe.

 
Fully Design By Leyza Ramli | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome