HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
★ LeyzA pUnya BLog™ ★: June 2012
Salam Sayang Semua~

sy terkene tipu dekat mudah.com.my


Mudah.my adalah tempat penjual dan pembeli maya bertemu dan kemudian berurus niaga. Saya adalah salah seorang pembeli agak taksub dengan pembelian online ini. Telah banyak 'gadget' saya beli secara online dengan urusniaga secara Cash on Delivery atau kurier.

Mudah.my memang satu portal jual beli tidak selamat dan terlalu banyak kelonggaran kepada penjual berbanding Lelong.my (di Malaysia) tetapi pengalaman saya membeli secara online di luar negara menyebabkan saya yakin rakyat Malaysia mempunyai tahap kejujuran tinggi dan boleh dipercayai sama seperti rakyat negara maju.

Urus niaga saya sentiasa memuaskan hati sehinggalah pada tarikh 2 JUN 2012, saya telah berurusniaga dengan seorang penipu. Sejak sebulan lalu saya asyik mengumpul maklumat mengenai kamera DSLR. Saya sentiasa berusaha mencari barang berkualiti pada harga rendah, mana tahu ada penjual dalam kesempitan mahu menjual barangan mereka.

Saya teruja apabila melihat harga Nikon D7000 dijual pada harga RM1599 dan terus menghubungi penjual. Belum sempat saya bertanya panjang, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Paizal menceritakan bahawa beliau adalah pegawai kastam dan barang tersebut adalah rampasan kastam sebab itu beliau jual dengan murah.

Kelabu mata dengan harga murah, beserta desakan supaya saya cepat membuat keputusan kerana ada orang lain juga mahukan barang sama menyebabkan saya akhirnya setuju untuk bank-in ke akaun CIMB beliau - Mohd Paizal bin Japar. Dia juga memberikan saya nombor kad pengenalan 890212-13-5247. Dia meminta saya menyemak dengan pejabat kastam jika tidak percaya dan memaklumkan bahawa nombor akaun itu adalah nombor akaun gajinya. Terpedaya dengan mulut manis dan lagak jujurnya, saya telah 'bank-in' wang sejumlah RM1400 setelah diberi diskaun sedikit. Barang dijanji sampai besoknya dan 'tracking number.' akan diserahkan pada saya.

Oleh kerana hari sudah lewat petang, saya menghubungi semula Mohd Paizal kastam budiman itu untuk meminta 'tracking number' bagi kurier tersebut. Hati begitu seronok kerana akan menerima Nikon D7000 apatah lagi berjaya dibeli dengan harga murah.

Keseronokan mula bertukar mendung apabila nombor yang dihubungi hanya masuk ke peti suara.. sehinggalah pada hari Isnin berikutnya semua panggilan masuk ke peti suara dan CONFIRM SAYA TERTIPU buat kali pertama di mudah.my.

Segalanya saya jadikan ikhtibar untuk tidak mempercayai sesiapa lagi di perniagaan online dan hanya akan melakukan urusniaga secara COD sahaja. 

Tapi harga pengajaran tersebut sangat mahal.

Saya masih lagi melihat iklan seperti itu di mudah.my dan sangat khuatir ada orang lain akan menjadi mangsa kerana tiada ruang untuk saya buat catatan peringatan di iklan tersebut tidak seperti sesetengah laman jual beli cyber yang ada ruangan Q&A dan sebagainya.

Giler bergambar

Hyeeee...tak tau nak update citer ape lg kat blog..dah xde idea dah..hihi..Mentang2 keje kat kedai kamera,hari2 bergambar..hehe..
 







Tempat kerja Baru

 
hyee..nak story sikit..sekarang nie aku dah kerja..kerja lak dekat kedai kamera..ape lg,hobi aku hari2 tangkap gambar laa...hehehe..yew laa nak jd model tak kesampaian..kehkeh..aku suke sgt2 dengan suasana tempat kerja sekarang..staff kat situ sumenye sporting2..harap2 aku kerja kat sini lama la..dah lame tak kerja..sekarang baru teringin nak kerja balik..sape2 nak beli kamera tue pm2 la aku yerk..ekekeke...bole aku bg diskaun..hehe..


aiii...berbaju kurung di hari jumaat yg indah~
semuanyeee mau pink..pinky lah katekan..hahahak..

tumpang posim sebentar yeee...aku bersame john n jue...heee...


selama 4 tahun




hyeeee kawan2..dah lame rasenyee x update blog nie..maklumlah sekarang saya dah start keje..busy la cket...(2.6.2012) genaplah 4tahun mama tinggalkan saya..Tipu kalau sy ckp yg sy tak rindukan mama..hanya Tuhan sajalah yg tahu betapa rindunyee sy kat mama..mungkin di saat sy menulis blog nie..air mata keluar membasahi pipi..entah kenapa sampai ke hari ini sy tak boleh lupakan mama..sy terlalu rindukan dia..mungkin kawan2 nampak sy bahagia tp dlm hati sebenarnyee teramat sedih dan sukar untuk sy terima dugaan ini..kalau diberi pilihan sy tak mahu  kehilangan mama..hidup sy kosong tanpa mama..wajah mama tak pernah sy lupakan..pengorbanan mama begitu besar sekali..dialah ayah..dia lah ibu..langsung tidak fikirkan kesihatan,ape yg dia tahu kerja,balik kerja kekadang 2@3 pagi..mama seorang wanita yg tabah dan kuat mengharungi segala cubaan dan dugaan..tapi.......time mama nak tinggalkan saya bt selame2nye...setiap mlm dia akan menangis...mama dah tak kuat mcm dulu..mama tak boleh nak terima hakikat yg................ya allah...kenapa dan kenapa kau duga mama mcm tue sekali..??sy tak pernah nak menyalahkan takdir..tp sy xsanggup melihat deritanyee mama.....................................................mama sy tak pernah putus berharap yg suatu hari nanti mama akan pulang ke pangkuan sy..TAK TAU LAH MCMNE NAK CAKAP YG AKU XBOLEH HIDUP TANPA MAMA..!!!!
 
 
 
Fully Design By Leyza Ramli | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome