HOME OFFICIAL BLOG Facebook Twitter
★ LeyzA pUnya BLog™ ★: Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat
Salam Sayang Semua~

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

                                                                         
 
Hai para blogger2 sekalian? Apa khabar? Baik? Alhamdulillah......yang sakit tu cepat2 la gi jumpa doktor & jgn lupa makan ubat erk! ok! berkenaan dengan tajuk di atas, Leyza nak share something dekat korang iaitu "Tips untuk hilangkan jerawat dengan cepat"

chopppppppppppppppp!!!

Leyza nak ingatkan tips ni tak semestinya menjadi kepada semua orang laaaa!! sebab apa pulak?yelaa....ada yang menjadi tu alhamdulillah laaa kan tapi yang tak jadi tu  kang tak pasal-pasal nak marah Leyza pulak laa kannn.....
setiap manusia ada kulit wajah yang berbeza-berbeza. Ada yang sensitif, dan macam-macam lagi.ada yang dah try macammacam  produk tapi still sama jerr.nak buat camne redha jelaa kan dan cuba cari inisiatif lain.Okay sebelum tu tips ni Leyza search dari google then
terjumpa laaa link ni....Petua Menjaga Wajah......So, Leyza just copy + paste aje ni. kalau nak tau lebih lanjut boleh pergi dekat kat link di atas tuuuu
jom kita mulakan! Mari...Mari..


 Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
okay tak? okay tak? cam mana? siapa nak amalkan tu bolehla cuba. 
siapa yang dah try tu pulak jangan lupa kasi tau nak tau jugak apa hasilnya nanti.....
hihi..sebenarnya banyak tips yang boleh dikongsi cuma kena rajin rajin lerrr search kat internet kan..
 
ok bye~
Daaaaaa~

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum..
Sila tinggalkn comment anda disini..
Satu pun jadi Lah ! hehe.

 
Fully Design By Leyza Ramli | For BELOG WA PUNYA 2013 ©| Best View: Google Chrome